Assalamualaikum
NIKE, ADIDAS, PUMA telah lama bersaing utk menghasilkan boots yg paling ringan utk dipakai khususnya oleh penyerang dan pemain sayap.
Pada musim 2010-2011,
Cristiano Ronaldo telah menerima anugerah
Pichichi kerana telah memecahkan rekod jaringan semusim La Liga dgn 40/41 gol. Pada musim ini, dia memakai versi terbaru Nike Mercurial, iaitu
Nike Mercurial Superfly III yg seberat
210g.
Walaupun tidak dapat menandingi rekod jaringan Ronaldo,
Lionel Messi lebih menyerlah dengan anugerah individu iaitu
Ballon d'Or 2010, sebagai
Pemain Terbaik Dunia dan memenangi
UEFA Champions League bersama
Barcelona. Barca terus diperkatakan akan mendominasi La Liga buat masa yg lama dan begitu juga dgn Messi. Pada musim ini, dia memakai versi terbaru Adidas Adizero, iaitu
Adidas Adizero Prime, kasut yg paling ringan dlm artikel ini, iaitu seberat hanya
145g!
Kun Aguero, pemain yg baru berpindah ke
Manchester City merupakan pemain yg perlu diberi perhatian. Mungkin ramai tertanya-tanya adakah dia memakai
PUMA? Pada perlawanan Man City vs. Swansea, dia telah dilihat memakai
Puma V.11 Blackout Version dan telah menjaringkan
2 gol dan
1 assist pada perlawanan itu, suatu
statement tidak boleh diambil mudah utk permulaan musimnya di
Eastlands.
So, mulakanlah tekaan anda siapa yg bakal bergelar
SPEED KING pada musim 2011-2012 ini.
p/s: Boots Adidas semakin menarik dan semakin RINGAN!