Wednesday, August 17, 2011

Siapakah Speed King Musim 2011-2012?


Assalamualaikum

NIKE, ADIDAS, PUMA telah lama bersaing utk menghasilkan boots yg paling ringan utk dipakai khususnya oleh penyerang dan pemain sayap.

Pada musim 2010-2011, Cristiano Ronaldo telah menerima anugerah Pichichi kerana telah memecahkan rekod jaringan semusim La Liga dgn 40/41 gol.  Pada musim ini, dia memakai versi terbaru Nike Mercurial, iaitu Nike Mercurial Superfly III yg seberat 210g.

Walaupun tidak dapat menandingi rekod jaringan Ronaldo, Lionel Messi lebih menyerlah dengan anugerah individu iaitu Ballon d'Or 2010, sebagai Pemain Terbaik Dunia dan memenangi UEFA Champions League bersama Barcelona. Barca terus diperkatakan akan mendominasi La Liga buat masa yg lama dan begitu juga dgn Messi.  Pada musim ini, dia memakai versi terbaru Adidas Adizero, iaitu Adidas Adizero Prime, kasut yg paling ringan dlm artikel ini, iaitu seberat hanya 145g!


Kun Aguero, pemain yg baru berpindah ke Manchester City merupakan pemain yg perlu diberi perhatian. Mungkin ramai tertanya-tanya adakah dia memakai PUMA? Pada perlawanan Man City vs. Swansea, dia telah dilihat memakai Puma V.11 Blackout Version dan telah menjaringkan 2 gol dan 1 assist pada perlawanan itu, suatu statement tidak boleh diambil mudah utk permulaan musimnya di Eastlands.


So, mulakanlah tekaan anda siapa yg bakal bergelar SPEED KING pada musim 2011-2012 ini.

p/s: Boots Adidas semakin menarik dan semakin RINGAN!

No comments: